Bendalir lampau dalam fizik bertenaga tinggi dan graviti kuantum Kebendaliran_lampau

Rencana utama: Vakum bendalir lampau

Teori vakum bendalir lampau (SVT) ialah satu pendekatan dalam fizik teori dan mekanik kuantum di mana vakum fizikal dilihat sebagai bendalir lampau. Tujuan utama pendekatan ini adalah untuk membangunkan model saintifik yang menyatukan mekanik kuantum (yang menjelaskan tiga daripada empat interaksi asasi yang diketahui) dengan graviti. Ini menjadikan SVT calon bagi teori graviti kuantum dan satu penambahan kepada Model Standard. Diharapkan bahawa pembangunan teori sebegini akan menyatu menjadi satu model selaras bagi setiap interaksi asasi, dan untuk menjelaskan setiap interaksi yang diketahui dan zarah asas sebagai manifestasi berbeza bagi entiti yang sama, iaitu vakum bendalir lampau.